Wednesday, November 30, 2011

ALHAMDULILLAH...(SUJUD SYUKUR)

Akhirnye, tercapai jugak hajat aku, dapat juga aku memiliki sebuah rumah.
Perkara yang aku sangkakan nak buat beberapa tahun lagi, tahun nih dapat, huhuhu...
YA ALLAH, TERIMA KASIH....
Kepada Ummi dan Ayah jugak, TERIMA KASIH BANYAK2 kerana membantu Adli.
Adli akan buktikan Adli boleh berjaya dengan berbekalkan sijil kolej komuniti nih.

Kat sini gak aku nak berkongsi sedikit entri, SUJUD SYUKUR.
Aku amik dari blog orang jer, huhuhu....

DEFINASI
Sujud Syukur ialah sujud terima kasih kerana mendapat nikmat (keuntungan) atau terhindar daripada bahaya dan kesusahan yg besar.

Waktunya
Sujud Syukur disunatkan sewaktu mendapat keuntungan atau sewaktu terhindar daripada bencana dan sebagainya

Dalilnya
Daripada saidina Abu Bakar r.a. menceritakan bahawa Nabi Mohammad s.a.w. Apabila datang kepada beliau sesuatu yang mengembirakan atau khabar yang baik, beliau terus sujud berterima kasih kepada Allah taala. Hadis diriwayatkan oleh Abu Daud dan Termidzi r.a.

Rukunnya
1 Niat
2 Takbiratulihram
3 Sujud
4 Memberi salam

Syarat-syaratnya
Disyaratkan sujud syukur dengan beberapa syarat :
a. Suci dari hadath besar dan kecil
b. Suci dari najis samaada di badan, pakaian dan tempat
c. Menghadap ke kiblat
d. Menutup aurat

Cara-cara melakukannya.

Pertama : Niat, SAHAJA AKU SUJUD SYUKUR KERANA ALLAH TAALA
Kedua : Mengangkat takbiratulihram, ( ALLAHUAKBAR )
Ketiga : Sujud, sepertimana sujud dalam Solat

Bacaan dalam sujud

1. SUBHANALLAH WALHAMDULILLAH WALA ILAHA ILLALLAH HUWALLAHU AKBAR 3kali

2. Kemudian berdoa di dalam hati dalam bahasa melayu (peringatan kalau dilafazkan dalam bahasa melayu batal sujud syukur tersebut)

A. YA ALLAH KAMI BERSYUKUR DI ATAS KURNIAAN DAN NIKMATMU

B. YA ALLAH KAMI BERSYUKUR DENGAN REZEKI YANG TELAH ENGKAU BERIKAN KEPADA KAMI

C. YA ALLAH AMPUNLAH DOSA-DOSA KAMI, KEDUA IBU BAPA DAN ORANG-ORANG YANG BERIMAN

D. YA ALLAH JAUHILAH RUMAH DAN TEMPAT KERJA KAMI DARI BENCANA DAN MALAPETAKA

E. YA ALLAH KAMI BERJANJI UNTUK MENTAATI SEGALA PERINTAH-MU DAN MENJAUHI SEGALA LARANGAN-MU

Keempat : Duduk selepas sujud lalu memberi salam.

Sekian...

Tuesday, November 22, 2011

1, 7 & 38 HARI LAGI...

YAHOOO!!!!!!!!!!!!!!
Ape yang ade dengan nombor2 tu?
Huhuhuhu....
Actually, kalau tengok kelendar dari tarikh aku post ni,
1 HARI LAGI, yang tu menunjukkan hari esok 24.11.2011, family aku balik kampung, semua pulak tu, hahahaha.....
SERONOKNYA!!!!!!!!!!!!
Ramai2 berkumpul kat sini, merti meriah, makan ramai2, borak2 dengan Ummi, Ayah dengan semua, tolong Ummi masak, jadi driver a.k.a ala2 transporter gitu....
Huhuhu....
7 HARI LAGI pulak yang tu jatuh pada 30.11.2011, pada hari tersebut, dateline rumah lelong kat taman aku tu, aku nak beli, harap2 dapat lah, Insyaallah....
Aku tau aku x mampu lagi, tapi family aku tolong, kira aku loan kat family aku, aku janji aku akan bayar balik dalam masa 10 tahun paling lewat.
Ummi, Ayah, Adli janji...
38 HARI LAGI, yang ni pulak, tarikh awal tahun, menunggu pokok berbuah, ASB aku, huhuhuhu....
Harap2 dapat banyak lah, aku nak beli RXZ balik, aku xde kenderaan lagi, senang kalau dah ade kenderaan, nak g jalan2, g masjid(Insyaallah), g melancong, g..... mane2 je lah....[^_^]
Pape pun, aku berserah segalanya pada Allah, moga DIA makbulkan impian aku, AMIN....

Saturday, November 19, 2011

AKU HANYA MENDOAKAN KESELAMATAN UNTUKMU

Semalam hari aku macam hari2 berkerja seperti hari biase.
Pagi sampai petang, rasa macam hari jumaat jer, padahal hari sabtu, selalu lepas tengah hari jer dah dok rileks2 kat umah....
Aku msg dengan die macam biase, dari pagi lah, tapi tidak terlalu kerap, coz die tengah sibuk pindah ke hostel baru.
Tapi die cakap kat aku, die xde mood nak pindah, runsing, n x sedap hati.
Sampai lah kul 1030 malam, waktu bertolak bas die balik kampung.
Aku msm die time dah dekat 1030 tu, pastu aku tepon Abab, dah lame x borak ngan die.
Pastu dah pukul 11, aku sms die balik, die cakap bas die x sampai lagi, sampai tertido die tuggu.


Tiba2 die msg aku, die cakap dah tertinggal bas, aku xtau nak buat ape, aku tepon Bong, mintak tolong die tepon Neida, aku tepon x dapat.
Last2 aku dapat gak kol die, aku juz dapat cakap pape bagitau aku...
Cian die, aku x dapat buat pape pun nak tolong die, nasib baek die ade member kat ipoh tu, tumpang umah member die.
Alhamdulillah, pagi tadi die msg ak, bas ade pukul 930, Syukur....
Have a safe journey Neida...
Selamat pulang ke kampung halaman.... [^_^]


Monday, November 14, 2011

''TENTANG AKU''

Kiranya waktu sekejap itu menjadi kenangan untuk kita ingati sepanjang zaman,
Ingatlah aku selagi kau mampu...
Jika pula masa mendatang memisahkan keakraban yang telah terbina,
Ukirlah secebis ''TENTANG AKU'' di hatimu,
Agar nanti tika bersua kau masih mengingati siapa diriku...


Wednesday, November 9, 2011

HANYA KAU MAHA MENGETAHUI

YA ALLAH...
Apakah perasaan ini YA ALLAH...
Sesungguhnya aku insanmu yang lemah,
KAU berikanlah ketenangan dalam diriku YA ALLAH,
Adakah aku terlalu terburu - buru dalam mencari teman hidupku?
Pabila aku keseorangan, aku kesepian.
Tetapi pabila aku berteman, aku dibuai dengan kenangan.
Kenangan yang pernah aku lalui bersama insan yang pernah aku sayangi.
Walaupun hanya sementara...
Berilah aku petunjuk, agar tenang hatiku, petunjuk yang menyakinkanku bahawa apa yang sedang aku lakukan adalah ke jalanMU YA ALLAH...
Tenangkan hatiku YA ALLAH...
TENANGKAN HATIKU...

OH PCP1474!

Semalam aku tido awal, xde lah awal mane pun, kul 12 jer, actually awal lah gak dalam jadual harian aku, biasenye aku tido kul 1 - 2.


Tapi kalau maen gile sikit aku tido kul 3 - 4, kalu maen gile banyak, aku tido kul 5 - x tido langsung, hahahaha.....
Pastu nanti mate aku bengkak macam orang maen batu time g keje sok, adehhh = =''


OK, pasal tido punye cite dah habis, yang aku nak cite sekarang nih, ape yang aku mimpi semalam.
Aku mimpi aku dah ade Z, kale maroon beb, PERGH!!!!
Bunyi berdenting lak tu, haish...
Aku rindu lah kat Z aku, dalam mimpi aku tu aku panaskan enjin, pastu aku keluar, dengan perasaan gembira aku bawak Z aku tu, pastu kejap lagi terjage, dah subuh.....
Huhuhu....